Vivekananda Ashram : Tengku Adnan jangan lepas tangan

Posted: November 5, 2014 at 6:50 pm


without comments

Ia berkenaan tapak warisan Hindu Vivekananda Ashram yang berusia 110 tahun kerana isu berkenaan termasuk di bawah bidang kuasanya

PETALING JAYA : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menggesa agar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak mengamalkan sikap lepas tangan berkaitan tapak warisan Vivekananda Ashram kerana isu berkenaan termasuk di bawah bidang kuasanya.

Menurut Exco Sayap Pemudanya, Jestin Raj Savarimuthu, bangunan warisan Ashram yang berusia 110 tahun itu adalah merupakan simbol ikon spiritual di mana ia merupakan sumber kebanggaan masyarakat India di Malaysia

AMK membantah keras berkenaan isu ini di mana kami turut berkongsi sentimen komuniti dan identiti mereka di Malaysia.

Kami juga menuntut Lembaga Pemegang Amanah untuk bekerjasama bersama-sama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi menggazetkan bangunan tersebut kerana mereka telah ditawarkan untuk menggazetkan bangunan itu pada April 2008 tetapi tawaran tersebut ditolak oleh pemegang amanah pada November 2008, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan kerajaan tidak boleh menghentikan projek yang dibangunkan pihak swasta di tapak warisan Vivekananda Ashram kecuali menasihatkan pemilik tanah mengekalkan bangunan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, bangunan warisan Hindu itu terletak di tanah persendirian, oleh itu kementerian akan menasihatkan pemaju dan pemegang amanah untuk mengekalkan bangunan asalnya.

Jestin berkata, pihak Lembaga Pemegang Amanah seharusnya telus dan memberikan maklumat terperinci cadangan pembangunan kerana mereka menyatakan ia adalah untuk manfaat masyarakat India.

Dalam pada itu, Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata perkara tersebut merupakan salah satu masalah yang sering berlaku di Kuala Lumpur.

Umum kita mengetahui di Kuala Lumpur banyak mempunyai bangunan-bangunan bersejarah dan tapak warisan.

Read more:
Vivekananda Ashram : Tengku Adnan jangan lepas tangan

Related Posts

Written by simmons |

November 5th, 2014 at 6:50 pm

Posted in Ashram




matomo tracker