Hentikan isu boikot harga barang KPN

Posted: February 3, 2015 at 2:49 pm


without comments

Ia menjejaskan keharmonian kaum negara kita.

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta semua pihak berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu boikot harga barang.

Beliau melalui laman Twitternya menegaskan, perbuatan tersebut boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Boycott issue, @PDRMsia ask all parties to immediately excercise restraints in making public statements. It hurts our racial harmony, katanya, lapor The Rakyat Post.

(Isu boikot, @PDRMsia meminta semua pihak untuk segera berhenti daripada mengeluarkan kenyataan. Ia menjejaskan keharmonian kaum negara kita.)

Terdahulu Khalid melalui laman Twitternya juga mengeluarkan satu lagi kenyataan bahawa polis akan memanggil Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengambil keterangan berhubung isu tersebut.

Sebelum ini, status yang dimuat naik Ismail Sabri di laman Facebooknya pada Ahad yang menggesa pengguna untuk menggunakan kuasa memboikot perniagaan yang dijalankan secara tamak, telah mencetuskan reaksi kurang senang pihak tertentu.

Bagaimanapun, Ismail Sabri tampil membuat penjelasan bahawa tujuan kenyataan itu dibuat untuk meminta rakyat menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna menekan peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan dan tidak ditujukan kepada kaum tertentu.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

View post:
Hentikan isu boikot harga barang KPN

Related Posts

Written by simmons |

February 3rd, 2015 at 2:49 pm

Posted in Excercise




matomo tracker